Monday, March 2, 2015

HOMESTAY AGRO TOURISM - BATU 7, SANGLANG, KEDAH

HOSMESTAY AGRO TOURISM
KEDAH CULTURAL VILLAGE 
(dengan kerjasama JKKKP Kampung Batu 7, Jalan Sanglang, Kedah)


Pada 15-17 haribulan Februari 2015 yang lalu, pihak Kedah Cultural Village telah menerima kehadiran sekumpulan 25 orang tetamu daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Kumpulan pelajar yang diiringi oleh seorang pensyarah ini adalah dari Kursus Diploma Pengurusan Pelancongan yang sedang terlibat dalam rangka projek akhir mereka untuk Percutian Ekspedisi dan telah memilih Kedah Cultural Village, Batu 7, Sanglang sebagai lokasi percutian mereka. Mereka menghabiskan sebahagian besar ekspedisi mereka daripada 5 hari percutian mereka di utara di kampung ini.


Percutian ini diharapkan membawa manafaat kepada pengajian mereka dan memberi suatu pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, malahan bermanafaat untuk pengajian mereka. Percutian ini juga telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dan pendedahan dalam pelbagai cara hidup dan kebudayaan masyarakat di utara tanahair khasnya di kawasan pertanian sawah padi. Aktiviti yang disusun oleh pihak Kedah Cultural Village ini merangkumi aspek-aspek kebudayaan termasuk aktiviti masyarakat kampung seperti menimba ikan, dan juga aktiviti berakit menggunakan batang pisang di sungai yang kini tidak lagi dilakukan oleh kanak-kanak kampung generasi sekarang.

Sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kedah Cultural Village kepada peserta

Tok Ketua sedang beramah mesra dengan peserta semasa berada di kilang padi


Pihak Kedah Cultural Village merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada saudara Azizan Md. Zain, Pengerusi JKKKP merangkap Ketua Kampung Kg. Batu 7, Jalan Sanglang, saudara Radhi Mustafa, Setiausaha beliau atas kerjasama ini. Juga kepada semua penduduk kampung yang terlibat sebagai pengendali homestay dan menjadi keluarga angkat bagi peserta iaitu pasangan En. Ahmad Mat Hassan dan Pn. Mah, pasangan Pakngah Seman dan Makngah Maliah, pasangan En. Radhi dan Pn. Sharifah, serta pasangan en. Izat dan Pn. Pisyah, en. Sabri Ibrahim dan Pn. Fauziah, dan tuan rumah yang menjadi lobi utama Kedah Cultural Village ini iaitu ayahanda Mustafa Saleh, kepada pengusaha IKS yang terlibat menerima kehadiran kami dan juga semua pihak.

Di bawah ini dimuatnaik gambar-gambar sepanjang acara berlansung.

Kehadiran peserta di lobi utama Kedah Cultural Village




Rumah yang menjadi homestay untuk program kali ini

Sebahagian peserta berada di rumah keluarga angkat mereka



Peserta merasa nira nipah dan mendapat penerangan mengenai pokok tersebut di Ladang Nipah Kipli, Kuala Sanglang

Pengalaman memasak kuih bersama keluarga angkat mereka



Pengalaman menangkap ikan dengan cara "menimba" di terusan Kampung Pida 12



Pengalaman menangkap ayam kampung, menyembelih dan memproses ayam tersebut untuk dihjadikan hidangan tengahari




Morning walk di kampung - mempelajari tumbuhan, pokok dan buah di kampung




Morning walk di sawah padi - peserta menikmati keindahan sawah yang baru lepas dituai sambil bergurau senda sesama mereka




Melawat kilang padi dan mendapat taklimat daripada pemilik kilang, Mr. Chew serta Ketua Kampung, Azizan Md. Zain dan Jurulatih Kedah Cultural Village, Abg Md. Sempoi

Pengalaman membuat rakit dan belayar di Sungai Sanglang

JUMPA LAGI!