"selamat datang bersama alam semulajadi...."
Merupakan kem rekreasi berkonsepkan ekologi dan arkeologi yang sesuai
untuk pelbagai aktiviti lasak, santai dan penghayatan alam semulajadi,
sejarah dan keagamaan. Kem ini telah dibangunkan sejak tahun 2010
di atas tanah yang berlatarbelakangkan Hutan Simpan Gunung Jerai di
bahagian atasnya dan Hutan Simpan Paya Bakau serta Sungai Merbok
di bahagian bawahnya.
Terletak 15km daripada bandar Sungai Petani dan 1km daripada pekan
Merbok, kem ini terletak di tengah-tengah lingkaran arkeologi negeri Kedah
yang telah dan sedang diekskavasi oleh pengkaji tempatan. Kedudukannya
juga dikelilingi oleh dusun buah-buahan, perkampungan Melayu, hutan,
bukit bukau dan sungai yang belum tercemar, pasti menjanjikan pengalaman
menarik untuk dihayati bersama.
Kedudukan geografinya yang unik ini membolehkan kem ini menawarkan
pelbagai pakej dan aktiviti menarik untuk dialami oleh peserta samada
meneroka bahagian hutan, sungai dan alam semulajadinya ataupun
menyusuri Sungai Merbok yang terkenal untuk meninjau khazanah paya
bakau, di samping mempelajari tentang sejarah dan tinggalan arkeologi di
Lembah Bujang seterusnya bersama kami menyuntik semangat berkumpulan
dan kepimpinan anda sebagai objektif latihan berkumpulan di sini.
Kampung Perkahwinan @ Tandop Camp
adalah satu alternatif bagi mereka yang memilih agar
perkahwinan dijalankan dalam suasana alam
semulajadi yang bersih dan segar, jauh dari hiruk
pikuk dan kesesakan bandar.
Apatah lagi dalam keadaan urbanisasi dan perumahan
yang makin sesak dan sukar untuk mengadakan majlis
yang besar menyebabkan ramai yang beralih kepada
perkahwinan di dewan, rumah kelab, hotel dan yang
terbaru di banglo-banglo sewaan, wedding house
atau homestay.
Majlis Persandingan dan Pelaminan
RESEPSI PERKAHWINAN DALAM TAMAN
Majlis Raja Sehari dalam taman ini pasti nampak lebih berseri dengan dilengkapi rekaan pelamin
dan aksesori yang bersesuaian. Pelanggan boleh memilih samada memasang pelamin di bawah
kanopi atau di bawah bumbung dewan separa terbuka di sini. Majlis resepsi ini akan turut
diiringi bacaan selawat, persembahan kebudayaan atau nyanyian dari band jemputan sambil
sanak saudara merenjis dan menepung tawar tangan pengantin yang merah berinai.
Meja Santapan Pengantin dan Tetamu
MENJAMU SELERA DALAM KEDAMAIAN SEBUAH TAMAN
Pilihan tempat untuk meja santapan pengantin samada di bawah kanopi atau bumbung dewan
separa terbuka. Semuanya akan dihiasi dengan dekorasi indah dan warna mengikut tema yang
dimahukan oleh pelanggan. Begitu juga meja tetamu yang tertata indah dan layanan ramah
kakitangan di bahagian hidangan serta kumpulan penghibur yang dibawakan khas buat anda
dan tetamu.
Acara Menyambut Raja Sehari
KEHADIRAN PENGANTIN KE TAMAN TROPIKA
Untuk ke Kampung Perkahwinan, pengantin boleh memilih pakej
yang akan membawa mereka melalui jalan sungai iaitu melalui jeti Semeling
dan naik ikut jeti Sungai Batu Besi. Kemudiannya disambut dengan kereta untuk
dibawa ke Kampung Perkahwinan yang tidak jauh dari jeti tersebut.
Pengantin disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar
seterusnya melangkah menuruni cerun di Kampung Pengantin yang
dikelilingi kehijauan dan kesegaran hutan simpan di kaki Gunung Jerai.
Di sana nanti sedang menunggu sanak saudara serta tetamu untuk
melihat raja sehari disandingkan dalam suasana indah
Perkahwinan dalam Taman.
Lokasi Penggambaran Semulajadi
PROP DAN SET PENGGAMBARAN SEDIA ADA
Memilih Kampung Perkahwinan sebagai tempat mendirikan mahligai impian anda umpama suatu
bonus apabila ianya memudahkan kerja jurufoto mencari prop dan set yang sesuai untuk diabadikan
bersama anda. Sesuai dengan tema perkahwinan sambil menghayati alam semulajadi, anda akan
benar-benar mengalaminya lantas dirakamkan sebagai detik terindah yang tidak mungkin
berulang dalam hidup anda.
Aktiviti & Rekreasi Sekeluarga
NIKMAT SEBUAH PERCUTIAN OUTDOOR
Bagaikan bercuti di resort impian, pakej perkahwinan di
Kampung Perkahwinan@Tandop Campini menjanjikan kepuasan sebenar seisi keluarga laksana hadiah dari pengantin untuk mereka yang
sudi hadir meluangkan masa menjayakan majlis terindah ini.
Berikut adalah di antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini:
. senaman pagi . jungle trekking . mandi di Lubuk Kawah . sukaneka . mendirikan khemah .
BBQ . mandi sungai . demonstrasi memanjat kelapa . dan lain-lain lagi
Nikmat Bulan Madu
SAAT ROMANTIS DALAM SUASANA SUNYI DAN HENING
Ambil masa yang diperuntukkan untuk anda sepanjang percutian ini untuk lebih mengenali sesama pasangan, sertai aktiviti yang disusun untuk anda bagi tujuan mengerat dan menghangatkan suasana perkahwinan, iaitu kemenangan bagi sepasang anak Hadam dan Hawa melawan godaan nafsu dengan memilih pernikahan sebagai penamat status dara dan teruna masing-masing, semoga percintaan ini direstui dan dirahmati Allah.
Hadiah Bulan Madu
MENYUSURI SUNGAI MERBOK DAN MENJELAJAH PAYA BAKAU
Peluang untuk menjelajah sebuah dunia asing bagi anda pasti bertambah indah tatkala ianya dilakukan bersama pasangan tercinta. Mempelajari tentang ekosistem dan kehidupan flora dan fauna setidak-tidaknya akan mengajar anda erti kasih sayang dan penghargaan kepada Pencipta, seterusnya menzahirkan ianya di dalam melayari bahtera hidup suami isteri nanti. Pelajari juga sejarah dan ketamadunan bangsa Melayu yang agong yang dikatakan bermula di daerah dan lembah ini. Anda pasti akan teruja dengan ketenangan lanskap di sini yang diwarnai oleh kehijauan paya bakau dan dilatari kemegahan Gunung Jerai
Hadiah Bulan Madu
SUNSET DINING UNTUK BERDUA DI SANGKAR IKAN SEGANTANG GARAM
Nikmati saat-saat eksklusif anda bersama pasangan di tengah muara Segantang Garam
menikmati hidangan makan malam makanan laut yang lazat diiringi oleh
gesekan biola atau petikan akustik guitar mendendangkan lagu-lagu cinta
untuk anda dan kami percaya detik indah ini hanya sekali dalam seumur hidup anda.
Secara pribadi anda akan dilayan oleh krew kami yang ramah dan sedia membantu
untuk memastikan kepuasan milik anda yang abadi....
Berminat sila hubungi perancang perkahwinan anda hari ini, atau hubungi kami
012-4667045 untuk makluman pakej dan keterangan lanjut.