Friday, August 17, 2012

Kampung Perkahwinan @ Tandop Camp

"selamat datang bersama alam semulajadi...."






Kedah Cultural Village @ Tandop Camp
Merupakan kem rekreasi berkonsepkan ekologi dan arkeologi yang sesuai
untuk pelbagai aktiviti lasak, santai dan penghayatan alam semulajadi,
sejarah dan keagamaan. Kem ini telah dibangunkan sejak tahun 2010
di atas tanah yang berlatarbelakangkan Hutan Simpan Gunung Jerai di
bahagian atasnya dan Hutan Simpan Paya Bakau serta Sungai Merbok
di bahagian bawahnya.

Terletak 15km daripada bandar Sungai Petani dan 1km daripada pekan
Merbok, kem ini terletak di tengah-tengah lingkaran arkeologi negeri Kedah
yang telah dan sedang diekskavasi oleh pengkaji tempatan. Kedudukannya
juga dikelilingi oleh dusun buah-buahan, perkampungan Melayu, hutan,
bukit bukau dan sungai yang belum tercemar, pasti menjanjikan pengalaman
menarik untuk dihayati bersama.

Kedudukan geografinya yang unik ini membolehkan kem ini menawarkan
pelbagai pakej dan aktiviti menarik untuk dialami oleh peserta samada
meneroka bahagian hutan, sungai dan alam semulajadinya ataupun
menyusuri Sungai Merbok yang terkenal untuk meninjau khazanah paya
bakau, di samping mempelajari tentang sejarah dan tinggalan arkeologi di
Lembah Bujang seterusnya bersama kami menyuntik semangat  berkumpulan
dan kepimpinan anda sebagai objektif latihan berkumpulan di sini.







Kampung Perkahwinan @ Tandop Camp
adalah satu alternatif bagi mereka yang memilih agar
perkahwinan dijalankan dalam suasana alam
semulajadi yang bersih dan segar, jauh dari hiruk
pikuk dan kesesakan bandar.
Apatah lagi dalam keadaan urbanisasi dan perumahan
yang makin sesak dan sukar untuk mengadakan majlis
yang besar menyebabkan ramai yang beralih kepada
perkahwinan di dewan, rumah kelab, hotel dan yang
terbaru di banglo-banglo sewaan, wedding house
atau homestay.

Majlis Persandingan dan Pelaminan


 RESEPSI PERKAHWINAN DALAM TAMAN

Majlis Raja Sehari dalam taman ini pasti nampak lebih berseri dengan dilengkapi rekaan pelamin
dan aksesori yang bersesuaian. Pelanggan boleh memilih samada memasang pelamin di bawah
kanopi atau di bawah bumbung dewan separa terbuka di sini. Majlis resepsi ini akan turut
diiringi bacaan selawat, persembahan kebudayaan atau nyanyian dari band jemputan sambil
sanak saudara merenjis dan menepung tawar tangan pengantin yang merah berinai.

Meja Santapan Pengantin dan Tetamu


MENJAMU SELERA DALAM KEDAMAIAN SEBUAH TAMAN

Pilihan tempat untuk meja santapan pengantin samada di bawah kanopi atau bumbung dewan
separa terbuka. Semuanya akan dihiasi dengan dekorasi indah dan warna mengikut tema yang
dimahukan oleh pelanggan. Begitu juga meja tetamu yang tertata indah dan layanan ramah
kakitangan di bahagian hidangan serta kumpulan penghibur yang dibawakan khas buat anda
dan tetamu.

Acara Menyambut Raja Sehari 


KEHADIRAN PENGANTIN KE TAMAN TROPIKA

Untuk ke Kampung Perkahwinan, pengantin boleh memilih pakej
yang akan membawa mereka melalui jalan sungai iaitu melalui jeti Semeling
dan naik ikut jeti Sungai Batu Besi. Kemudiannya disambut dengan kereta untuk
dibawa ke Kampung Perkahwinan yang tidak jauh dari jeti tersebut.
Pengantin disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar
seterusnya melangkah menuruni cerun di Kampung Pengantin yang
dikelilingi kehijauan dan kesegaran hutan simpan di kaki Gunung Jerai.
Di sana nanti sedang menunggu sanak saudara serta tetamu untuk
melihat  raja sehari disandingkan dalam suasana indah
Perkahwinan dalam Taman.

Lokasi Penggambaran Semulajadi


PROP DAN SET PENGGAMBARAN SEDIA ADA

Memilih Kampung Perkahwinan sebagai tempat mendirikan mahligai impian anda  umpama suatu
bonus apabila ianya memudahkan kerja jurufoto mencari prop dan set yang sesuai untuk diabadikan
bersama anda. Sesuai dengan tema perkahwinan sambil menghayati alam semulajadi, anda akan
benar-benar mengalaminya lantas dirakamkan sebagai detik terindah yang tidak mungkin
berulang dalam hidup anda.

Aktiviti & Rekreasi Sekeluarga


NIKMAT SEBUAH PERCUTIAN OUTDOOR

Bagaikan bercuti di resort impian, pakej perkahwinan di Kampung Perkahwinan@Tandop Campini menjanjikan kepuasan sebenar seisi keluarga laksana hadiah dari pengantin untuk mereka yang
sudi hadir meluangkan masa menjayakan majlis terindah ini.
Berikut adalah di antara aktiviti yang dapat dilakukan di sini:
. senaman pagi . jungle trekking  .  mandi di Lubuk Kawah  .  sukaneka  . mendirikan khemah .
BBQ  .  mandi sungai  . demonstrasi memanjat kelapa .  dan lain-lain lagi

Nikmat Bulan Madu


SAAT ROMANTIS DALAM SUASANA SUNYI DAN HENING

Ambil masa yang diperuntukkan untuk anda sepanjang percutian ini untuk lebih mengenali sesama pasangan, sertai aktiviti yang disusun untuk anda bagi tujuan mengerat dan menghangatkan suasana perkahwinan, iaitu kemenangan bagi sepasang anak Hadam dan Hawa melawan godaan nafsu dengan memilih pernikahan sebagai penamat status dara dan  teruna masing-masing, semoga percintaan ini direstui dan dirahmati Allah.

Hadiah Bulan Madu


MENYUSURI SUNGAI MERBOK DAN MENJELAJAH PAYA BAKAU

Peluang untuk menjelajah sebuah dunia asing bagi anda pasti bertambah indah tatkala ianya dilakukan bersama pasangan tercinta. Mempelajari tentang ekosistem dan kehidupan flora dan  fauna setidak-tidaknya akan mengajar anda erti kasih sayang dan penghargaan kepada Pencipta, seterusnya menzahirkan ianya di dalam melayari bahtera hidup suami isteri nanti. Pelajari juga  sejarah dan ketamadunan bangsa Melayu yang agong yang dikatakan bermula di daerah dan lembah ini.  Anda pasti akan teruja dengan ketenangan lanskap di sini yang diwarnai oleh kehijauan paya bakau dan dilatari kemegahan Gunung Jerai

Hadiah Bulan Madu


SUNSET DINING UNTUK BERDUA DI SANGKAR IKAN SEGANTANG GARAM
Nikmati saat-saat eksklusif anda bersama pasangan di tengah muara Segantang Garam
menikmati  hidangan makan malam makanan laut yang lazat diiringi oleh
gesekan biola atau petikan akustik  guitar mendendangkan lagu-lagu cinta
untuk anda dan kami percaya detik indah ini hanya sekali dalam seumur hidup anda.
Secara pribadi anda akan dilayan oleh krew kami yang ramah dan sedia membantu
untuk memastikan kepuasan milik anda yang abadi....


Berminat sila hubungi perancang perkahwinan anda hari ini, atau hubungi kami
012-4667045 untuk makluman pakej dan keterangan lanjut.

Sunday, March 11, 2012

Food Function @ Tandop Camp

Food Function @ Tandop Camp
an exclusive dining on the nature ambient


Your choice of dish
BBQ
SEAFOOD
MALAY CUISINE
ORIENTAL CUISINE
WESTERN FOOD
Ideal for any function
FAMILY DAY
GATHERING DINNER
JUNGLE NIGHT PARTY
ANNUAL DINNER
HI-TEA

Dining style & serving
full set dining table with deco and lighting, service by our waiter
Area lighting and decorationwill be provided to highlight dining location
Entertainmentall karaoke and sound system, live band performance, singer &
dancer, Malay cultural show, magic show are coming with emcee
Food & beveragesserved by buffet, a’la carte, bbq and stall style. All food prepared
by qualified chef

OPEN FOR BOOKING NOW!
Call 012-4667045 (Mr. Sani) or 019-2601036 (Tn. Hj. Sapian)
for quotation. Another updated information please get it from

http://www.kedahculturalvillage.blogspot.com/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Others facilities and activities also provided - accomodation in wood chalet (2 unit), tent dorm (for 100 pax) and tent (for 50 pax), gents & ladies washroom, gents & ladies prayer room, multipurposed hall, conducted activities such as telematch, jungle & river trekking, exlorace and etc.

Saturday, March 10, 2012

Kemudahan Asas di Kedah Cultural Village@Tandop Camp

"Terapi Alam Semulajadi" di

Canvas Dormitory . Surau . Bilik Mandi & Tandas .
Dewan serbaguna . Chalet kayu . Khemah . Arena .
Wakaf . Tapak parking . Tanah lapang untuk pelbagai
aktiviti . Tapak perkhemahan berpagar . Tapak
perkhemahan luar . BBQ pit . Khidmat katering


Bayangkan anda sedang berada di puncak Jerai yang nyaman!

dan di bawahnya kebersihan dan keindahan lanskap yang terpelihara menanti kunjungan anda...


 
dari situ mengalir 'anak sungai' yang hening dan menyegarkan buat anak-anak bermain menyegarkan badan sambil melepaskan tekanan setelah bertungkus lumus di dalam bilik darjah menelaah ilmu...

dan di 'padang rumput yang teduh', anak-anak gembira melakukan aktiviti bersama fasilitator mereka...

berkawad...

bersenaman...

dan berlatih bersama kumpulan mereka...

dan di sini nanti ada 'dorm' sebagai rumah penginapan mereka bila malam menjelang tiba...

ada pili untuk mengambil wudhuk dan 'surau' tempat mengabdikan diri kepada Allah Tuhan Rabbul A'lamin...

dan ada 'bilik air' untuk membersihkan diri, dan 'tandas' bagi memenuhi tuntutan pribadi.

bagi mereka yang ingin merasa lebih cabaran, bawalah khemah sendiri dan berkhemah dalam kawasan kem ini...

atau bermalam di dalam 'khemah yang disediakan kami'.

sebuah 'dewan' terbuka serbaguna kami sediakan... 

 
 
buat anak-anak meluahkan buah fikiran, juga menikmati santapan rohani,
dari penceramah yang disegani...

Dan di sana juga ada 'arena', tempat anak-anak mempersembahkan bakat mereka..

dan 'wakaf kayu' disediakan untuk para pegawai bersantai sambil memerhatikan anak-anak bersama aktiviti...

dan jauh lebih penting dari itu, 'tempat letak kereta berpagar' disediakan untuk keselamatan kenderaan anda!


Thursday, March 8, 2012

Kedah Cultural Village @ Tandop Camp


SEBUAH KEM REKREASI BERASASKAN
ALAM SEMULAJADI, EKO DAN ARKEOLOGI


Salam sejahtera! Ingin merancang latihan untuk kumpulan anda?
Masih mencari tempat latihan yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk diingati?

Sejak mula dibuka, kem kami telah menarik pelbagai golongan peserta, dari pelajar
sekolah hingga IPT, badan beruniform, badan ko kurikulum, pihak NGO dan parti politik
hinggalah kepada kumpulan individu dan korporat. Kami memberikan usaha yang terbaik
untuk dinilai oleh pelanggan. Kini dengan penjenamaan baru, kem ini berusaha meningkatkan
lagi keupayaan dan perkhidmatan dengan pelbagai pakej latihan dan rekreasi yang pasti memberi kepuasan kepada anda.

Jadi, jangan lupa untuk muat turun brochure kami di bawah ini, dan cadangkan kepada pengurusan dan kumpulan anda untuk mencapai objektif organisasi anda sementara kami di sini menanti untuk untuk memberi perkhidmatan terbaik seperti yang anda lihat sendiri dalam brochure terbaru kami ini!

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami sila hubungi aktivis kami:
012-4667045 (En Sani) /
019-2601036 (Tn. Hj. Sapian)

(cara muat turun -  klik kanan tetikus anda di gambar dan save ke PC anda
(my document atau desktop), kemudian buka dan cetak)