Monday, January 16, 2012

PAKEJ KEMBARA DI SUNGAI PETANI

Salam Hormat!
Selamat Datang ke Sungai Petani!

Sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan khazanah silam. Tahukah anda di Sungai Petani ini terdapat sebuah penempatan dan tamadun Islam tertua di Malaysia? Di sepanjang Sungai Merbok inilah terdapatnya pelbagai rentetan sejarah yang telah didedahkan dan tidak kurang juga yang masih tersembunyi dan sedang dicarigali oleh pakar-pakar arkeologi negara.

Bagi penduduk tempatan, sudah sekali sinonim dengan cerita-cerita di Pulau Satu, Dua dan Tiga yang tersendiri. Begitu juga dengan kisah di Kg. Sungai batu Besi yang merupakan satu pelabuhan masa silam dan berhampirannya juga terdapat satu makam Sultan Muzaffar Shah. Pernahkah anada mendengar tentang Raja Bersiong? Tentang Merong Mahawangsa yang Agong? Tentang Pulau Serai yang sekarang ini dikenali sebagai Gunung Jerai? Begitu juga dengan binaan candi-candi di Lembah Bujang.

Penuh sejarah dan mitos yang tidak terungkap, Sungai Merbok juga kaya dengan eko sistem dan anugerah Allah terhadap alam semulajadinya, dengan kehidupan manusia yang bekerja sebagai nelayan, dengan kehidupan flora dan faunanya dan juga pelbagai aktiviti yang menakjubkan untuk ditontoni dan dipelajari.

Kesempatan kali ini, kami ingin mengundang anda untuk menyertai kami dalam siri pengembaraan di Sungai Merbok, Sungai Petani yang berada dalam daerah Kuala Muda ini untuk bersama menghargai alam yang dianugerahi Allah ini, semoga akan terbuka minda kita tentang asal usul kita dan juga penghargaan kita terhadap alam sekitar.

No comments:

Post a Comment