Tuesday, October 9, 2012

Our Successful Event
Family Day 2012 Majlis Daerah Kubang Pasu @ Dewan Wawasan


Tarikh Event: 30 Jun 2012
Buat julung kalinya atas jenama Kedah Cultural Village – Events & Recreation sebagai pengurus acara, kami sekali lagi melakarkan pengalaman sebagai pembekal perkhidmatan untuk menyokong kelancaran majlis hari keluarga MDKP yang telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra Kedah baru-baru ini. Suatu kepuasan yang mutlak bagi pihak kami dan kepuasan pelanggan yang bertindak sebagai penganjur acara ini. Untuk acara ini, kami telah diberi kepercayaan untuk menguruskan elemen utama acara ini, iaitu:

a)      Katering bagi sarapan pagi dan majlis makan tengahari untuk 500 orang termasuk set hidangan VIP

b)      Juruacara majlis, termasuk konduktor sukaneka keluarga dan juruacara rasmi bagi majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


c)       Penyelaras sukaneka (telematch) dan acara peraduan mewarna bagi kanak-kanak



d)      Penyelaras hiburan iaitu persembahan nyanyian, persembahan silap mata, pertunjukan permainan api, pemberian belon oleh badut (clown)






e)      Pembekal T-shirt untuk staf dan YDP dan Ahli Majlis


Majlis yang dihadiri oleh 500 orang termasuk staf dan ahli keluarga ini turut dihadiri oleh YDP, Setiausaha dan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu termasuk lain-lain tetamu jemputan.
Untuk panduan anda yang berminat berurusan dengan kami selepas ini, kami juga berpengalaman dan boleh menjadi pembekal sehenti (one-stop supplier) untuk acara anda iaitu bagi tempahan dan rekabentuk banner, backdrop dan bunting, fotografi, cenderahati, hamper dan apa sahaja acara yang anda inginkan bergantung kepada bajet yang dirundingkan.

Selain daripada menjemput kami ke tempat acara anda, kami juga mempunyai tempat di Merbok, berhampiran Bandar Sungai Petani untuk perhimpunan keluarga anda dalam jumlah yang kecil yang boleh memuatkan sehingga 250 orang bagi acara sehari dan 150 orang untuk acara yang perlu bermalam. Tempat kami yang merupakan sebuah kem berasaskan arkeo-eko boleh dilihat dalam pautan berikut: www.kedahculturalvillage.blogspot.com 
Berdasarkan prestasi dan pengalaman ini, Kedah Cultural Village kini tanpa ragu lebih bersedia dan menawarkan diri kepada pelanggan kami untuk menghadapi cabaran lebih besar dalam pengurusan acara seperti ini di waku akan datang.



No comments:

Post a Comment