Monday, March 2, 2015

HOMESTAY AGRO TOURISM - BATU 7, SANGLANG, KEDAH

HOSMESTAY AGRO TOURISM
KEDAH CULTURAL VILLAGE 
(dengan kerjasama JKKKP Kampung Batu 7, Jalan Sanglang, Kedah)


Pada 15-17 haribulan Februari 2015 yang lalu, pihak Kedah Cultural Village telah menerima kehadiran sekumpulan 25 orang tetamu daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Kumpulan pelajar yang diiringi oleh seorang pensyarah ini adalah dari Kursus Diploma Pengurusan Pelancongan yang sedang terlibat dalam rangka projek akhir mereka untuk Percutian Ekspedisi dan telah memilih Kedah Cultural Village, Batu 7, Sanglang sebagai lokasi percutian mereka. Mereka menghabiskan sebahagian besar ekspedisi mereka daripada 5 hari percutian mereka di utara di kampung ini.


Percutian ini diharapkan membawa manafaat kepada pengajian mereka dan memberi suatu pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, malahan bermanafaat untuk pengajian mereka. Percutian ini juga telah memberi sedikit sebanyak pengalaman dan pendedahan dalam pelbagai cara hidup dan kebudayaan masyarakat di utara tanahair khasnya di kawasan pertanian sawah padi. Aktiviti yang disusun oleh pihak Kedah Cultural Village ini merangkumi aspek-aspek kebudayaan termasuk aktiviti masyarakat kampung seperti menimba ikan, dan juga aktiviti berakit menggunakan batang pisang di sungai yang kini tidak lagi dilakukan oleh kanak-kanak kampung generasi sekarang.

Sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kedah Cultural Village kepada peserta

Tok Ketua sedang beramah mesra dengan peserta semasa berada di kilang padi


Pihak Kedah Cultural Village merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada saudara Azizan Md. Zain, Pengerusi JKKKP merangkap Ketua Kampung Kg. Batu 7, Jalan Sanglang, saudara Radhi Mustafa, Setiausaha beliau atas kerjasama ini. Juga kepada semua penduduk kampung yang terlibat sebagai pengendali homestay dan menjadi keluarga angkat bagi peserta iaitu pasangan En. Ahmad Mat Hassan dan Pn. Mah, pasangan Pakngah Seman dan Makngah Maliah, pasangan En. Radhi dan Pn. Sharifah, serta pasangan en. Izat dan Pn. Pisyah, en. Sabri Ibrahim dan Pn. Fauziah, dan tuan rumah yang menjadi lobi utama Kedah Cultural Village ini iaitu ayahanda Mustafa Saleh, kepada pengusaha IKS yang terlibat menerima kehadiran kami dan juga semua pihak.

Di bawah ini dimuatnaik gambar-gambar sepanjang acara berlansung.

Kehadiran peserta di lobi utama Kedah Cultural Village




Rumah yang menjadi homestay untuk program kali ini

Sebahagian peserta berada di rumah keluarga angkat mereka



Peserta merasa nira nipah dan mendapat penerangan mengenai pokok tersebut di Ladang Nipah Kipli, Kuala Sanglang

Pengalaman memasak kuih bersama keluarga angkat mereka



Pengalaman menangkap ikan dengan cara "menimba" di terusan Kampung Pida 12



Pengalaman menangkap ayam kampung, menyembelih dan memproses ayam tersebut untuk dihjadikan hidangan tengahari




Morning walk di kampung - mempelajari tumbuhan, pokok dan buah di kampung




Morning walk di sawah padi - peserta menikmati keindahan sawah yang baru lepas dituai sambil bergurau senda sesama mereka




Melawat kilang padi dan mendapat taklimat daripada pemilik kilang, Mr. Chew serta Ketua Kampung, Azizan Md. Zain dan Jurulatih Kedah Cultural Village, Abg Md. Sempoi

Pengalaman membuat rakit dan belayar di Sungai Sanglang

JUMPA LAGI!



Tuesday, April 22, 2014

PERUBAHAN NOMBOR CONTACT PERNIAGAAN

PERUBAHAN NOMBOR CONTACT PERNIAGAAN


AMBIL PERHATIAN!

Makluman kepada pelanggan dan pengunjung blog......

Pihak kami sedang menyusun kategori servis kami dan
mengemaskini blog ini dan menukar
contact no. dari 012-4667045  ke
013-4496559.
Untuk sebarang urusan, sila hubungi no. tersebut.
Anda juga boleh berurusan melalui WHATSUP
dan FACEBOOK Chenta Sang Pertapa

Untuk makluman anda, selain daripada pengurusan acara yang anda lihat dalam posting-posting
kami sebelum ini, kami telahpun melibatkan diri secara serius dalam bidang Agro Tourism di mana projek terbaru ini melibatkan penyertaan JKKKP Kampung Batu 7, Jalan Sanglang, Kedah dan komuniti kampung ini sendiri sebagai operator Homestay. Berikut disenaraikan juga produk terbaru kami seperti berikut:-

1) Pakej Percutian Homestay Agro Tourism (percutian di desa dan sawah padi) di Sanglang, Kedah
2) Kem Rekreasi berkonsep Arkeo Eko di Lembah Bujang, Merbok, Kedah
3) Pakej Pengembaraan Arkeo Eko & Menyusuri Sungai Merbok, Kedah
4) Kem Rekreasi di Teluk Senangin di Perak dan Empangan Timah Tasuh di Perlis
5) Katering untuk sebarang majlis dan acara di sekitar Ipoh
6) Pakej BBQ Nite & Karaoke di Changkat Kinding Ipoh dan private function
7) Pengurusan Acara - Hari Keluarga, Team Building dll




Friday, August 30, 2013

DAY TRIP ADVENTURE

ELEMEN 3
ARCHAEO-ECO ADVENTURE ~ Menyusuri Sungai Merbok dan paya bakau
ECO-ARCHAEO ADVENTURE

LATAR BELAKANG PAKEJ


Pakej ECO-ARCHAEO ADVENTURE ini adalah satu-satunya pakej anjuran Kedah Cultural Village @ Tandop Camp yang memasukkan elemen penjelajahan ke Sungai Merbok dan paya bakau sebagai aktiviti utama pelancongan di Lembah Bujang. Di samping itu pakej ini juga berkembar dengan ELEMEN KEDUA , EAT & RETREAT ~ lunch by the river, bbq, bariyani mustoffa, iaitu aktiviti makan  minum dan bersantai di Tandop Camp yang menjadi hub untuk aktiviti rekreasi dan outdoor serta pusat kegiatan kebudayaan untuk pengunjung.

Berikut adalah itenary yang terkandung di dalam pakej Eco-Archaeo Adventure ini:

1) Lawatan ke Muzium Paya Laut


  • Peserta diberi taklimat berkenaan sejarah, arkeologi, ekosistem, biodiversity, kepentingannya dari segi ekonomi dan rekreasi kepada kita.

2) Menyusur sebahagian daripada Sungai Merbok ke arah hulu sungai

  • Peserta dibawa menyusur sungai dari jeti Semeling ke Pulau Tiga, menjejaki tempat bersejarah dan kesan penempatan istana lama, melihat flora dan fauna di paya bakau dan aktiviti serta kehidupan nelayan di sana.


3) Makan dan Santai di Kedah Cultural Village @ Tandop Camp (eat & retreat) di kaki Gunung Jerai 
Hub untuk pelbagai aktiviti outdoor, makan dan minum, latihan dan riadah, serta tempat demonstrasi dan penghayatan pelbagai cabang kebudayaan bangsa Melayu yang boleh diperkenalkan kepada pengunjung.

  
  • aktiviti bbq 

   
  • lunch by the river 

  
  • mempelajari bagaimana menikmati buah tempatan 

 
  • menyesuaikan diri dengan persekitaran
  • mempelajari tentang keunikan budaya rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara

silat .  gendang  .  tarian  .  menoreh getah  .  permainan dan sukaneka rakyat  . demonstrasi masakan 

  • pelbagai aktiviti rekreasi - jungle & river trekking, obstacles race 

4) Lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang



5) Lawatan ke muara Sungai Merbok 
    
Tempat di mana terletaknya Tanjung Dawai iaitu perkampungan nelayan yang terkenal dengan hasil laut dan sajian makanan laut segar, merasai pengalaman menyeberangi laut ke Pantai Merdeka dengan bot dan minum petang di sana dengan menu terkenal ABC Gunung Jerai, mee udang dan laksa kedah.

  
5) Kunjungan ke lain-lain tempat bersejarah  


 Melihat sejarah dari penemuan arkeologi di Muzium arkeologi dan candi Bukit Batu Pahat, melawat ke tapak eskavasi penemuan baru arkeologi di Sungai Batu Besi, mengunjungi makam Sultan Mudzaffar Shah 1 yang hidup sekitar tahun 1100 masihi,  dan mengunjungi Masjid Pengkalan Kakap Masjid yang dibina disekitar tahun 1800 masihi.


6) Menyusuri Sungai dari Jeti Semeling hingga ke Teluk Bayu (hulu ke hilir)
atau dari Segantang Garam ke Tanjung Dawai

 Laluan ini adalah satu pilihan menarik bagi mereka yang gemar memerhati pelbagai spesis burung seperti helang dan lain-lain yang biasanya aktif keluar pada waktu petang. Pakej ini juga membolehkan peserta turun ke paya bakau pada waktu air surut untuk mencari pelbagai spesis siput di situ.





Wednesday, August 28, 2013

RIVER CRUISE AND MANGROVE TOUR AT SUNGAI MERBOK

ARCHAEO-ECO TOURISM PACKAGE IN BUJANG VALLEY, MERBOK, KEDAH



Pakej ini adalah bertujuan mempromosikan Lembah Bujang sebagai satu destinasi percutian berasaskan Eco-Archaeo yang pertama seumpamanya di rantau ini. 

Lembah Bujang yang terkenal sebagai tempat bersejarah dan permulaan tamadun Melayu dan penyebaran agama Islam di negara ini akan dipromosikan kepada pelancong domestik dan luar negara yang berminat dengan penceritaan sejarah di sini. Di samping itu, pakej ini juga memberi peluang kepada pelawat menikmati keindahan ekosistem di Sungai Merbok di samping melihat kehidupan flora dan fauna serta aktiviti manusia di sana dan juga mengenali sejarah sungai itu sendiri yang terkenal sebagai pelabuhan purba, tempat berteduhnya kapal-kapal dagang sebelum zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi serta pelbagai mitos yang dikaitkan dengan sungai termahsyur dan Lembah Bujang ini.


Di atas adalah flyers yang kami gunakan bagi mempromosikan pakej ini.

Baru-baru ini pada 22 Ogos 2013, kami bertuah kerana telah menerima sekumpulan pelawat dari Singapura yang berminat untuk mengikuti pakej yang kami tawarkan ini yang merangkumi acara-acara berikut:
a)      melawat Muzium Paya Bakau dan sekitarnya dan juga taklimat tentang sejarahnya
b)     lawatan ke paya bakau dan bersiar di Sungai Merbok dengan menaiki bot
c)       menikmati sajian tengahari kami yang terkenal sebagai pakej “Lunch by theRiver” di hub kami iaitu “Kedah Cultural Village @ Tandop Camp” yang terletak di kaki Gunung Jerai, tempat pelbagai aktiviti rekreasi, persembahan dan demonstrasi kebudayaan
d)      meneruskan lawatan ke Muzium Arkeologi yang menempatkan penemuan bersejarah di Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat

Berikut kami siarkan kenangan yang sempat dipotretkan sepanjang pakej ini berlansung dari waktu pagi hingga awal petang untuk gambaran kepada anda yang mungkin meminati program seumpama ini bersama kumpulan anda suatu masa nanti.

SELAMAT BERCUTI-CUTI 1 MALAYSIA DI LEMBAH BUJANG!
DESTINASI PERCUTIAN ARKEO- EKO YANG SEUMPAMANYA DI ASIA TENGGARA…

Untuk pertanyaan dan sebutharga sila hubungi kami 013-4496559 (En Sani).

Pengembaraan bermula di Kompleks Pelancongan Paya Laut, pelawat dibawa meninjau ruang pameran di Muzium Paya Bakau untuk mengenali tentang sejarah dan ekosistem yang berkait rapat dengan Sungai Merbok dan diberi taklimat berkaitan dengannya.

Dari kompleks ini, pelawat dapat menikmati panorama indah Sungai Merbok yang hutan paya bakaunya masih terpelihara, air sungai yang tenang berlatarbelakangkan Gunung Jerai yang megah berdiri.

Seterusnya dibawa menyusuri sungai Merbok ke arah hulu sungai. Di samping itu, ciri-ciri keselamatan tidak pernah diabaikan.

Di sini pelawat dapat meninjau hidupan di sungai, flora dan faunanya dan juga hidupan manusia yang bergantung hidup daripada hasil sungai ini.

Tamat acara di sungai, para pelawat menuju ke Kedah Cultural Village@Tandop Camp, iaitu hub untuk pelbagai aktiviti rekreasi dan demonstrasi pelbagai aktiviti kebudayaan yang terletak bersebelahan perkampungan Melayu Bukit Acheh yang tidak jauh dari pekan Merbok, sambil melepas lelah dan menikmati hidangan di sana.

Mereka menuju ke ke sebuah anak sungai jernih. Dan di sana rupanya ada satu tugasan yang terpaksa dibuat.

Untuk sampai ke seberang, pelawat diorientasi dengan cabaran alam di mana perlu melintasi anak Sungai Merbok Kecil dengan meniti di atas batu-batu yang tersusun sambil memegang tali yang diregang di situ.

Bagi yang ingin lebih dekat dengan alam sekitar, membuka kasut dan berjalan terus ke anak sungai yang jernih pasti lebih memberi  keseronokan berbanding yang lain.

Dan di seberang tebing, di tepi anak sungai dan di bawah pohon nan rendang  telah tersedia hidangan untuk makan tengahari ini yang disediakan khas untuk para pelawat sekalian.

Ini mungkin ritual bagi lawatan untuk pakej ini di mana pelawat akan dijamu dengan buah-buahan yang terdapat di sini mengikut musim yang tertentu, seperti buah manggis, rambutan, durian, kelapa muda dan lain-lain sebagai menu “refreshment”. Pelawat kali ini telah berpeluang merasai kemanisan dan kelazatan buah dokong yang dipetik terus dari pokok di hub ini.



Nampaknya, selera pun sudah tidak dapat ditahan lagi. Bau sajian dari meja buffet telah minta agar pelawat mula berbaris untuk mengambil pinggan masing-masing.

Begitulah hidangan untuk “Lunch by the River” ini dengan menu Siput Belitung Masak Lemak. Pasti memikat selera bagi yang pertama kali melihatnya.

Menu berikutnya ialah ayam masak merah, iaitu ayam goreng yang dimasak bersama kuah dari cili kering bersama resipi rahsia milik keluarga. Aroma dan rasanya membuatkan para pelawat tidak dapat duduk diam dan terus menagih sehingga kering isi dan kuahnya dicedok.

Begitu juga hidangan salad campurnya yang menggoda jiwa dan nafsu makan para pelawat dengan warna warninya dan kepelbagaian hirisan sayur-sayuran yang segar untuk dijamah mereka.

Buah oren yang manis bersari sebagai pencuci mulut pada hari ini adalah pelengkap bagi sajian tengahari ini.

Beginilah aksi pelawat di meja makan mereka masing-masing menghadap pinggan sajian mereka. “Lunch by the River” ini adalah satu pengalaman menghadap makanan yang menakjubkan. Makan sambil menerima terapi pendengaran dengan bunyi kocakan air melompat batu-batu dan juga decitan unggas di situ.

Food & Event Manager merangkap tukang masak bersama Chef Suzilina bagi acara ini hari ini kelihatan tersenyum di hadapan meja buffet melihat chafing dishnya yang telah kering tak meninggalkan sisa… J
  


Sajian berikutnya adalah ikan siakap panggang. Ketulan ikan segar dari sangkar di muara Sungai Merbok diperap dengan resipi asli serta hirisan halia dan bawang putih yang menghasilkan aroma tersendiri bila dipanggang, disajikan bersama sos air asam dan cili padi.



Kepala ini juga akhirnya tidak dapat bertahan lama di dalam chafing dish. Akhirnya bakal lenyap dan tinggal cuma tulang temulangnya sahaja yang tidak dapat dihadam.


Satu seni kulineri yang asli terhasil dari pinggan pelawat bagaikan ucapan terima kasih dan penghargaan pelawat buat chef yang bertungkus lumus memasak pada hari ini.

Pengurusan dan krew KCV@TC yang membantu proses memanggang ikan hari ini sehingga selesai.

Gambar ikan yang sedang dipanggang dari dekat. Ops maaf, panggangan terakhir ini tinggal hanya untuk krew dan pengurusan kami hari ini sahaja ya… J
  
Selesai sudah waktu makan. Pelawat kini dibawa meninjau persekitaran hub aktiviti. Oleh kerana pakej kali ini tidak termasuk pertunjukan kebudayaan, jadi hari ini para pelawat cuma diberi taklimat ringkas dan ditunjukkan letaknya arena untuk sebarang persembahan kebudayaan sekiranya diminta untuk dipertontonkan di sini.

Kemudian pelawat ditunjukkan buah asam gelugor segar yang buahnya sentiasa ada sepanjang hari dan tidak pernah habis dari pokok ini. Asam gelugor adalah asam keping yang sinonim dalam masakan khasnya laksa, pindang, asam pedas, masak lemak dan lain-lain. Pelawat diberikan buah ini sebagai cenderahati untuk dibawa pulang dan dijadikan pelengkap hidangan mereka.

Seterusnya, bagi pelawat yang berhajat untuk tinggal bermalam di sini, KCV@TC juga menyediakan kemudahan penginapan di dalam basic tent dorm untuk mereka. Dilengkapi dengan kipas angin dan hamparan tikar getah, tetapi para pelawat perlu membawa sendiri sleeping bag mereka jika perlu. Sebenarnya, alang-alang datang bermesra bersama alam sebegini, tidur beralaskan beg pakaian atau berlapikkan lengan sahaja sudah cukup untuk mereka.

Di sini juga disediakan sebuah dewan terbuka serbaguna untuk mereka yang ingin mengadakan aktiviti secara rasmi dan separuh rasmi.

Di sini juga para pelawat berkesempatan untuk mengenali pokok getah dari dekat, seterusnya  melihat dan belajar bagaimana getah ditoreh untuk diambil hasilnya.

Lanskap indah yang mendamaikan ini dapat diisi dengan pelbagai aktiviti rekreasi, perminan, acara dan fiesta yang menyeronokkan. Terpulanglah kepada para pelawat untuk memilih aktiviti mengikut bajet yang difikirkan berpatutan bagi diri mereka.

Kini tiba masanya untuk meninggalkan hub ini. Sekali lagi pelawat terpaksa mengharungi anak sungai yang jernih dan batu-batu bulat untuk ke seberang semula. Lawatan seterusnya adalah ke Muzium Arkeologi yang terletak di hujung bukit berhampiran.


Di Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat ini, para pelawat dapat mempelajari sesuatu penemuan yang bernilai untuk dipelajari. Melihat bukti demi bukti yang terus dirungkai dan dibongkar secara penemuan arkeologi oleh para penyelidik. Sebagai bekalan untuk dibawa pulang untuk diceritakan dikongsi pada generasi muda akan datang.

SEKIAN UNTUK KALI INI. JUMPA LAGI DALAM PENGEMBARAAN AKAN DATANG!