ARCHAEO-ECO
TOURISM PACKAGE IN BUJANG VALLEY, MERBOK, KEDAH
Pakej ini adalah bertujuan mempromosikan Lembah Bujang
sebagai satu destinasi percutian berasaskan Eco-Archaeo yang pertama
seumpamanya di rantau ini.
Lembah Bujang yang terkenal sebagai tempat
bersejarah dan permulaan tamadun Melayu dan penyebaran agama Islam di negara
ini akan dipromosikan kepada pelancong domestik dan luar negara yang berminat
dengan penceritaan sejarah di sini. Di samping itu, pakej ini juga memberi
peluang kepada pelawat menikmati keindahan ekosistem di Sungai Merbok di
samping melihat kehidupan flora dan fauna serta aktiviti manusia di sana dan
juga mengenali sejarah sungai itu sendiri yang terkenal sebagai pelabuhan
purba, tempat berteduhnya kapal-kapal dagang sebelum zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka lagi serta pelbagai mitos yang dikaitkan dengan sungai
termahsyur dan Lembah Bujang ini.
Di atas adalah flyers yang kami gunakan bagi mempromosikan pakej ini.
Baru-baru ini pada 22 Ogos 2013, kami bertuah kerana telah
menerima sekumpulan pelawat dari Singapura yang berminat untuk mengikuti
pakej yang kami tawarkan ini yang merangkumi acara-acara berikut:
a) melawat
Muzium Paya Bakau dan sekitarnya dan juga taklimat tentang sejarahnya
b) lawatan
ke paya bakau dan bersiar di Sungai Merbok dengan menaiki bot
c) menikmati
sajian tengahari kami yang terkenal sebagai pakej “Lunch by theRiver” di hub kami iaitu “Kedah Cultural Village @
Tandop Camp” yang terletak di kaki Gunung Jerai, tempat pelbagai aktiviti
rekreasi, persembahan dan demonstrasi kebudayaan
d) meneruskan
lawatan ke Muzium Arkeologi yang menempatkan penemuan bersejarah di Lembah
Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat
Berikut kami siarkan kenangan yang sempat dipotretkan
sepanjang pakej ini berlansung dari waktu pagi hingga awal petang untuk
gambaran kepada anda yang mungkin meminati program seumpama ini bersama
kumpulan anda suatu masa nanti.
SELAMAT BERCUTI-CUTI 1 MALAYSIA DI LEMBAH BUJANG!
DESTINASI PERCUTIAN ARKEO- EKO YANG SEUMPAMANYA DI
ASIA TENGGARA…
Untuk
pertanyaan dan sebutharga sila hubungi kami 013-4496559 (En Sani).
Pengembaraan
bermula di Kompleks Pelancongan Paya Laut, pelawat dibawa meninjau ruang
pameran di Muzium Paya Bakau untuk mengenali tentang sejarah dan ekosistem yang
berkait rapat dengan Sungai Merbok dan diberi taklimat berkaitan dengannya.
Dari
kompleks ini, pelawat dapat menikmati panorama indah Sungai Merbok yang hutan
paya bakaunya masih terpelihara, air sungai yang tenang berlatarbelakangkan
Gunung Jerai yang megah berdiri.
Seterusnya
dibawa menyusuri sungai Merbok ke arah hulu sungai. Di samping itu, ciri-ciri
keselamatan tidak pernah diabaikan.
Di sini
pelawat dapat meninjau hidupan di sungai, flora dan faunanya dan juga hidupan
manusia yang bergantung hidup daripada hasil sungai ini.
Tamat acara
di sungai, para pelawat menuju ke Kedah Cultural Village@Tandop Camp, iaitu hub
untuk pelbagai aktiviti rekreasi dan demonstrasi pelbagai aktiviti kebudayaan
yang terletak bersebelahan perkampungan Melayu Bukit Acheh yang tidak jauh dari
pekan Merbok, sambil
melepas lelah dan menikmati hidangan di sana.
Mereka menuju ke ke sebuah anak sungai jernih. Dan di sana rupanya ada satu tugasan yang terpaksa dibuat.
Untuk
sampai ke seberang, pelawat diorientasi dengan cabaran alam di mana perlu
melintasi anak Sungai Merbok Kecil dengan meniti di atas batu-batu yang
tersusun sambil memegang tali yang diregang di situ.
Bagi yang
ingin lebih dekat dengan alam sekitar, membuka kasut dan berjalan terus ke anak
sungai yang jernih pasti lebih memberi keseronokan berbanding yang lain.
Dan di
seberang tebing, di tepi anak sungai dan di bawah pohon nan rendang telah tersedia hidangan untuk makan tengahari
ini yang disediakan khas untuk para pelawat sekalian.
Ini mungkin
ritual bagi lawatan untuk pakej ini di mana pelawat akan dijamu dengan
buah-buahan yang terdapat di sini mengikut musim yang tertentu, seperti buah
manggis, rambutan, durian, kelapa muda dan lain-lain sebagai menu
“refreshment”. Pelawat kali ini telah berpeluang merasai kemanisan dan
kelazatan buah dokong yang dipetik terus dari pokok di hub ini.
Nampaknya,
selera pun sudah tidak dapat ditahan lagi. Bau sajian dari meja buffet telah
minta agar pelawat mula berbaris untuk mengambil pinggan masing-masing.
Begitulah
hidangan untuk “Lunch by the River” ini dengan menu Siput Belitung Masak Lemak.
Pasti memikat selera bagi yang pertama kali melihatnya.
Menu
berikutnya ialah ayam masak merah, iaitu ayam goreng yang dimasak bersama kuah
dari cili kering bersama resipi rahsia milik keluarga. Aroma dan rasanya
membuatkan para pelawat tidak dapat duduk diam dan terus menagih sehingga
kering isi dan kuahnya dicedok.
Begitu juga
hidangan salad campurnya yang menggoda jiwa dan nafsu makan para pelawat dengan
warna warninya dan kepelbagaian hirisan sayur-sayuran yang segar untuk dijamah
mereka.
Buah oren
yang manis bersari sebagai pencuci mulut pada hari ini adalah pelengkap bagi
sajian tengahari ini.
Beginilah
aksi pelawat di meja makan mereka masing-masing menghadap pinggan sajian
mereka. “Lunch by the River” ini adalah satu pengalaman menghadap makanan yang
menakjubkan. Makan sambil menerima terapi pendengaran dengan bunyi kocakan air
melompat batu-batu dan juga decitan unggas di situ.
Food &
Event Manager merangkap tukang masak bersama Chef Suzilina bagi acara ini hari
ini kelihatan tersenyum di hadapan meja buffet melihat chafing dishnya yang
telah kering tak meninggalkan sisa… J
Sajian
berikutnya adalah ikan siakap panggang. Ketulan ikan segar dari sangkar di
muara Sungai Merbok diperap dengan resipi asli serta hirisan halia dan bawang
putih yang menghasilkan aroma tersendiri bila dipanggang, disajikan bersama sos
air asam dan cili padi.
Kepala ini
juga akhirnya tidak dapat bertahan lama di dalam chafing dish. Akhirnya bakal
lenyap dan tinggal cuma tulang temulangnya sahaja yang tidak dapat dihadam.
Satu seni
kulineri yang asli terhasil dari pinggan pelawat bagaikan ucapan terima kasih
dan penghargaan pelawat buat chef yang bertungkus lumus memasak pada hari ini.
Pengurusan
dan krew KCV@TC yang membantu proses memanggang ikan hari ini sehingga selesai.
Gambar ikan
yang sedang dipanggang dari dekat. Ops maaf, panggangan terakhir ini tinggal
hanya untuk krew dan pengurusan kami hari ini sahaja ya… J
Selesai
sudah waktu makan. Pelawat kini dibawa meninjau persekitaran hub aktiviti. Oleh
kerana pakej kali ini tidak termasuk pertunjukan kebudayaan, jadi hari ini para
pelawat cuma diberi taklimat ringkas dan ditunjukkan letaknya arena untuk
sebarang persembahan kebudayaan sekiranya diminta untuk dipertontonkan di sini.
Kemudian
pelawat ditunjukkan buah asam gelugor segar yang buahnya sentiasa ada sepanjang
hari dan tidak pernah habis dari pokok ini. Asam gelugor adalah asam keping
yang sinonim dalam masakan khasnya laksa, pindang, asam pedas, masak lemak dan
lain-lain. Pelawat diberikan buah ini sebagai cenderahati untuk dibawa pulang
dan dijadikan pelengkap hidangan mereka.
Seterusnya,
bagi pelawat yang berhajat untuk tinggal bermalam di sini, KCV@TC juga
menyediakan kemudahan penginapan di dalam basic tent dorm untuk mereka.
Dilengkapi dengan kipas angin dan hamparan tikar getah, tetapi para pelawat
perlu membawa sendiri sleeping bag mereka jika perlu. Sebenarnya, alang-alang
datang bermesra bersama alam sebegini, tidur beralaskan beg pakaian atau
berlapikkan lengan sahaja sudah cukup untuk mereka.
Di sini juga
disediakan sebuah dewan terbuka serbaguna untuk mereka yang ingin mengadakan
aktiviti secara rasmi dan separuh rasmi.
Di sini juga
para pelawat berkesempatan untuk mengenali pokok getah dari dekat, seterusnya melihat dan belajar bagaimana getah ditoreh
untuk diambil hasilnya.
Lanskap
indah yang mendamaikan ini dapat diisi dengan pelbagai aktiviti rekreasi,
perminan, acara dan fiesta yang menyeronokkan. Terpulanglah kepada para pelawat
untuk memilih aktiviti mengikut bajet yang difikirkan berpatutan bagi diri
mereka.
Kini tiba
masanya untuk meninggalkan hub ini. Sekali lagi pelawat terpaksa mengharungi
anak sungai yang jernih dan batu-batu bulat untuk ke seberang semula. Lawatan
seterusnya adalah ke Muzium Arkeologi yang terletak di hujung bukit berhampiran.
Di Muzium
Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat ini, para pelawat
dapat mempelajari sesuatu penemuan yang bernilai untuk dipelajari. Melihat
bukti demi bukti yang terus dirungkai dan dibongkar secara penemuan arkeologi
oleh para penyelidik. Sebagai bekalan untuk dibawa pulang untuk diceritakan
dikongsi pada generasi muda akan datang.
SEKIAN UNTUK KALI INI. JUMPA LAGI DALAM PENGEMBARAAN AKAN DATANG!
No comments:
Post a Comment