Tuesday, January 24, 2012

BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka

BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka


Tarikh Event: 21 Januari 2012



































Melihat kepada brochure di atas, bermakna Restoran Seri Siantan telah menapak selangkah lagi dalam bidang perkhidmatan makanan & minuman yang mula diceburinya sejak setahun lalu. Kali ini, Seri Siantan tampil dengan perkhidmatan Outdoor BBQ yang membolehkan para pelanggannya menikmati di mana-mana sahaja yang mereka suka, samada di tepi pantai, di dalam taman, di kampung, di halaman rumah, di tepi sungai, tepi tasik, tengah sungai atau juga di pinggir rimba.
Pelbagai konsep BBQ disediakan dengan memberi pelanggan pelbagai pilihan samada menu atau citarasa masakan. Kesempatan ini juga mengumumkan bahawa para pelanggan kini biarpun dalam kuantiti kumpulan yang minimum, masih berkesempatan menikmati hidangan BBQ Seri Siantan, samada mereka yang berada di Sungai Petani, di Pulau Pinang, di Alor Setar bahkan ke negeri Perlis Indera Kayangan sekalipun.

Tempat BBQ
BBQ Seri Siantan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tempat tetap untuk BBQ Seri Siantan kini boleh dinikmati
secara tempahan eksklusif di mana-mana tempat berikut:
a)   Batik Homestay (BBQ Nite on the garden) – tempahan dari kumpulan yang menginap di homestay atau tempahan khusus untuk BBQ di sana
b)   Tandop Camp (BBQ Nite on the jungle) – tempahan eksklusif atau tempahan dari program / aktiviti latihan di Tandop Camp
c)   BBQ di Sangkar Ikan Teluk Bayu – melalui aktiviti Menyusuri Sungai Merbok (sila lihat pakej di http://www.kedahculturalvillage.blogspot.com/2012/01/pakej-kembara-di-sungai-petani.html)
d)   BBQ Kampung Style @ Kedah Cultural Village – tempahan melalui program / aktiviti di homestay agro tourism dan Kem Latihan yang terletak di Sanglang, Kedah, sesuai bagi kumpulan yang ingin berhenti sambil menikmati percutian sebelum masuk ke P.Langkawi (sila lihat pakej di http://www.kedahculturalvillage.blogspot.com/2012/01/pakej-percutian-kebudayaan-keluarga.html)
e) Di mana-mana sahaja yang pelanggan mahukan.


















BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka

Didatangkan dengan tawaran Photography
(Sebuah majlis yang sempat kami rakamkan melalui sentuhan lensa fotografi Brother M)
Kami berikan perkhidmatan tambahan untuk dokumentasikan majlis atau sebarang acara anda melalui perkhidmatan fotografi kami dengan harga yang murah daripada biasa!



 Asap berkepul-kepul memenuhi ruang hadapan Baywatch yang dijadikan medan BBQ pada malam tersebut. Penghargaan dan terima kasih kami kepada pengawal pantai (JPAM) yang bermurah hati membenarkan kami berbbq di laman mereka yang dilimpahi cahaya spotlight. Jadi majlis malam ini dapat disempurnakan dalam suasana lebih cerah dan ceria. Sayangnya, pihak kami tidak dapat menghantar makanan kepada mereka kerana pada waktu itu mereka telahpun tidur awal di atas menara lagipun pintu pagar berkunci pula.


 


Sebahagian daripada peserta sedang menanti masa untuk santapan, sementara krew Seri Siantan sedang bertungkus lumus menyiapkan hidangan
Dr. Hj. Abdul Rahim, Pengurus ICT dan chief pada malam itu sedang memberi taklimat kepada ahli-ahli kumpulannya.
Asap yang memenuhi persekitaran membawa aroma lauk yang dibakar menambahkan kegelisahan pelanggan sementara menanti hidangan disiapkan.


Masa untuk menikmati sajian….
















Menu yang disajikan
  
:: Fish fillet grill with ginger and garlic

:: Sausage & Mix Vegitable Teriyaki













:: Grill chicken with dried chilly
:: Watermellon
:: Fried noodle

:: Salad

:: Grilled Lamb


:: Fried Rice


:: Prawn skewer
Sambil makan dapat pula hadiah….

















 Semua staf bergambar kenangan di akhir majlis

Krew Seri Siantan & Family



















Untuk keriangan anda bersama kami, dapatkan maklumat terkini pakej-pakej perkhidmatan kami di www.kedahculturalvillage.blogspot.com dan www.restoranserisiantan.blogspot.com atau hubungi kami 012-4667045 untuk maklumat lanjut.

Monday, January 16, 2012

PAKEJ KEMBARA DI SUNGAI PETANI

Salam Hormat!
Selamat Datang ke Sungai Petani!

Sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan khazanah silam. Tahukah anda di Sungai Petani ini terdapat sebuah penempatan dan tamadun Islam tertua di Malaysia? Di sepanjang Sungai Merbok inilah terdapatnya pelbagai rentetan sejarah yang telah didedahkan dan tidak kurang juga yang masih tersembunyi dan sedang dicarigali oleh pakar-pakar arkeologi negara.

Bagi penduduk tempatan, sudah sekali sinonim dengan cerita-cerita di Pulau Satu, Dua dan Tiga yang tersendiri. Begitu juga dengan kisah di Kg. Sungai batu Besi yang merupakan satu pelabuhan masa silam dan berhampirannya juga terdapat satu makam Sultan Muzaffar Shah. Pernahkah anada mendengar tentang Raja Bersiong? Tentang Merong Mahawangsa yang Agong? Tentang Pulau Serai yang sekarang ini dikenali sebagai Gunung Jerai? Begitu juga dengan binaan candi-candi di Lembah Bujang.

Penuh sejarah dan mitos yang tidak terungkap, Sungai Merbok juga kaya dengan eko sistem dan anugerah Allah terhadap alam semulajadinya, dengan kehidupan manusia yang bekerja sebagai nelayan, dengan kehidupan flora dan faunanya dan juga pelbagai aktiviti yang menakjubkan untuk ditontoni dan dipelajari.

Kesempatan kali ini, kami ingin mengundang anda untuk menyertai kami dalam siri pengembaraan di Sungai Merbok, Sungai Petani yang berada dalam daerah Kuala Muda ini untuk bersama menghargai alam yang dianugerahi Allah ini, semoga akan terbuka minda kita tentang asal usul kita dan juga penghargaan kita terhadap alam sekitar.

Thursday, January 12, 2012

PAKEJ PERCUTIAN KEBUDAYAAN & KELUARGA

Salam sejahtera kepada pengunjung blog, untuk membaca brochure ini dengan lebih jelas,
anda boleh download dengan cara click pada gambar terlebih dahulu,
kemudian rightclick dan save image ke pc anda.

Kedah Cultural Village merupakan suatu "jenama baru pelancongan" di Utara (Kedah) yang letaknya bersempadan dengan negeri Perlis. KCV sesuai untuk sebarang aktiviti pelancongan berasaskan kebudayaan, agro dan eko. Buat masa sekarang ini kami mempunyai beberapa buah rumah sebagai homestay (tinggal dengan keluarga angkat) dan rumah penginapan untuk disewa secara persendirian termasuk tapak perkhemahan untuk 2000 orang peserta sekaligus. KCV sesuai untuk aktiviti:
  •  percutian keluarga
  • kem latihan dan rekreasi untuk pelajar IPT dan sekolah
  • kem pendidikan luar darjah untuk pelajar dalam bidang kebudayaan Melayu
  • pakej perkahwinan berkonsepkan kampung 
  • pakej hari keluarga untuk korporat
  • majlis makan malam dengan pertunjukan kebudayaan
  • persinggahan atau transit pelancong sebelum masuk ke Langkawi,
  • menghantar ahli keluarga ke IPT di Utara,
  • kenduri-kendara, melawat keluarga, urusan kerja 
Kami amat mengalu-alukan
sebarang maklumbalas anda mengenai KCV. Sebarang pertanyaan tentang
pakej dan harga untuk penginapan dan aktiviti di KCV, 
sila hubungi 012-4667045 atau add saya di facebook SANISUZI
 

 

Wednesday, January 11, 2012

The Story About My Village

 This is a story about my village. One fine day when the people riding on the route.

 And paddy was start to shy,
 green banana waiting paddy grow,
 and farmers come back from his work,
 also one little house beside the field,
let see two mango tree at the entrance of paddy field,
 can you imagine how far and wide is it?
 that is my lovely paddy field,
not just for me and farmers, but for the next generation living!

Sunday, January 8, 2012

KEM LATIHAN & REKREASI UNTUK PELAJAR SEKOLAH




Sebuah kem latihan dan rekreasi berkonsepkan agro, eko dan budaya. Sesuai untuk aktiviti
kokurikulum bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan!
Hubungi kami untuk keterangan lanjut:
013-4496559 (Sani)