Tuesday, January 24, 2012

BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka

BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka


Tarikh Event: 21 Januari 2012



































Melihat kepada brochure di atas, bermakna Restoran Seri Siantan telah menapak selangkah lagi dalam bidang perkhidmatan makanan & minuman yang mula diceburinya sejak setahun lalu. Kali ini, Seri Siantan tampil dengan perkhidmatan Outdoor BBQ yang membolehkan para pelanggannya menikmati di mana-mana sahaja yang mereka suka, samada di tepi pantai, di dalam taman, di kampung, di halaman rumah, di tepi sungai, tepi tasik, tengah sungai atau juga di pinggir rimba.
Pelbagai konsep BBQ disediakan dengan memberi pelanggan pelbagai pilihan samada menu atau citarasa masakan. Kesempatan ini juga mengumumkan bahawa para pelanggan kini biarpun dalam kuantiti kumpulan yang minimum, masih berkesempatan menikmati hidangan BBQ Seri Siantan, samada mereka yang berada di Sungai Petani, di Pulau Pinang, di Alor Setar bahkan ke negeri Perlis Indera Kayangan sekalipun.

Tempat BBQ
BBQ Seri Siantan kini boleh dinikmati di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tempat tetap untuk BBQ Seri Siantan kini boleh dinikmati
secara tempahan eksklusif di mana-mana tempat berikut:
a)   Batik Homestay (BBQ Nite on the garden) – tempahan dari kumpulan yang menginap di homestay atau tempahan khusus untuk BBQ di sana
b)   Tandop Camp (BBQ Nite on the jungle) – tempahan eksklusif atau tempahan dari program / aktiviti latihan di Tandop Camp
c)   BBQ di Sangkar Ikan Teluk Bayu – melalui aktiviti Menyusuri Sungai Merbok (sila lihat pakej di http://www.kedahculturalvillage.blogspot.com/2012/01/pakej-kembara-di-sungai-petani.html)
d)   BBQ Kampung Style @ Kedah Cultural Village – tempahan melalui program / aktiviti di homestay agro tourism dan Kem Latihan yang terletak di Sanglang, Kedah, sesuai bagi kumpulan yang ingin berhenti sambil menikmati percutian sebelum masuk ke P.Langkawi (sila lihat pakej di http://www.kedahculturalvillage.blogspot.com/2012/01/pakej-percutian-kebudayaan-keluarga.html)
e) Di mana-mana sahaja yang pelanggan mahukan.


















BBQ Nite NAZA group @ Pantai Merdeka

Didatangkan dengan tawaran Photography
(Sebuah majlis yang sempat kami rakamkan melalui sentuhan lensa fotografi Brother M)
Kami berikan perkhidmatan tambahan untuk dokumentasikan majlis atau sebarang acara anda melalui perkhidmatan fotografi kami dengan harga yang murah daripada biasa!



 Asap berkepul-kepul memenuhi ruang hadapan Baywatch yang dijadikan medan BBQ pada malam tersebut. Penghargaan dan terima kasih kami kepada pengawal pantai (JPAM) yang bermurah hati membenarkan kami berbbq di laman mereka yang dilimpahi cahaya spotlight. Jadi majlis malam ini dapat disempurnakan dalam suasana lebih cerah dan ceria. Sayangnya, pihak kami tidak dapat menghantar makanan kepada mereka kerana pada waktu itu mereka telahpun tidur awal di atas menara lagipun pintu pagar berkunci pula.


 


Sebahagian daripada peserta sedang menanti masa untuk santapan, sementara krew Seri Siantan sedang bertungkus lumus menyiapkan hidangan
Dr. Hj. Abdul Rahim, Pengurus ICT dan chief pada malam itu sedang memberi taklimat kepada ahli-ahli kumpulannya.
Asap yang memenuhi persekitaran membawa aroma lauk yang dibakar menambahkan kegelisahan pelanggan sementara menanti hidangan disiapkan.


Masa untuk menikmati sajian….
















Menu yang disajikan
  
:: Fish fillet grill with ginger and garlic

:: Sausage & Mix Vegitable Teriyaki













:: Grill chicken with dried chilly
:: Watermellon
:: Fried noodle

:: Salad

:: Grilled Lamb


:: Fried Rice


:: Prawn skewer
Sambil makan dapat pula hadiah….

















 Semua staf bergambar kenangan di akhir majlis

Krew Seri Siantan & Family



















Untuk keriangan anda bersama kami, dapatkan maklumat terkini pakej-pakej perkhidmatan kami di www.kedahculturalvillage.blogspot.com dan www.restoranserisiantan.blogspot.com atau hubungi kami 012-4667045 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment