Monday, May 20, 2013

Lunch by the River di Kedah Cultural Village @ Tandop Camp

Pakej Lunch by the River 
~ peluang untuk anda menjamu selera sambil santai bersama alam.

Gambar ini diambil sempena acara yang diadakan oleh Pn. Asma dan group dari UiTM Merbok pada 20 Mei 2013.


Lunch by the River KEMBALI!

ingat tak lagi 6 elemen yang pernah dinyatakan dalam fb page kami sebelum ini? 

6 elemen dalam KCV@TC
a) TANDOP CAMP ~ Kem Latihan dan Rekreasi
b) EAT & RETREAT~ Makan dan santai bersama alam
c) ECO-ARCHAEO ADVENTURE ~ Menyusuri Sungai Merbok dan paya bakau
d) KAMPUNG PERKAHWINAN ~ Perkahwinan dalam taman
e) CAFE BY D’ RIVER ~ F&B outlet
f) FOOD FUNCTION@TANDOP CAMP ~ Majlis makan malam eksklusif untuk korporat

Berikut adalah catatan dari salah satu elemen yang dimaksudkan iaitu 
b) EAT & RETREAT~ Makan dan santai bersama alam 


Selamat datang ke Kedah Cultural Village @ Tandop Camp
destinasi baru pelancongan berasaskan eko-arkeo


Landskap hijau yang segar ini menyambut kedatangan anda ke sini.


Set Bariyani Mustoffa, menu main course hari ini.


Bukan sekadar menjamu selera, malah anda berkumpul dan menganjurkan sebarang aktiviti untuk kumpulan anda di sini, di bawah pohon cempedak yang rendang dan di tepian sungai yang mengalirkan air dari gunung, kegembiraan pasti terpancar dari air muka anda yang jernih.




Acara separuh rasmi seperti ini tambah menyeronokkan apabila diiringi oleh sajian kami yang memikat selera. Sambil anda bertukar cenderahati, sambil juga bertukar cerita tentang hari-hari yang menyeronokkan anda, ketenangan di sebuah kafe outdoor berasaskan alam adalah pengalaman yang anda belum pernah rasai seperti ini di mana-mana



Macamana ustaz, best tak basuh tangan dengan air dari gunung Jerai dalam paip buluh? :)


Berdoa kepada Allah semoga majlis diberkati.








Nah, sajian seterusnya Rojak Sotong Seri Siantan


Mee Kari siap untuk dihantar ke meja pelanggan


Kelihatan Tuan Haji Sapian dan En. Mat juga sedang bersantai menjamu selera di 'staff lounge' (belakang dapur, hehehe) Tandop Camp


Ermmm... sotong rebus untuk disajikan bersama Rojak Sotong Seri Siantan...


En. Sani dan Puan Suzi dalam perjalanan pualang selepas misi tugasan hari ini selesai dengan jayanya...

*******
Saya mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah yang memakbulkan dosa saya agar majlis hari ini berjalan dengan lancar, begitu juga dengan cuaca yang dari paginya hujan, tetapi berhenti apabila pelanggan ini sampai ke lokasi. Hikmah Allah atas keikhlasan Puan Asma dan ahli kumpulannya membuat keputusan mengadakan majlis di sini. Alhamdulillah.



NOTA
* Acara ini adalah salah satu daripada acara yang direalisasikan dalam pakej EAT & RETREAT 2013 @ TANDOP CAMP. Pakej ini dan lain-lain pakej yang hebat dapat dilihat melalui brochure kami di bawah:


No comments:

Post a Comment