Tuesday, August 27, 2013

BBQ by the river! Di Kedah Cultural Village @ Tandop Camp, Lembah Bujang, Merbok, Kedah, Malaysia.

BBQ by the river!
Tempat : Kedah Cultural Village @ Tandop Camp, Lembah Bujang, Merbok, Kedah, Malaysia.
Group : Panasonic Kulim (Japanese group and family)

MASAKAN ASIA (ORIENTAL TASTE)

Kami sebelum ini memang tidak asing dalam pelbagai menu masakan Melayu dan tempatan, namun cabaran kali ini agak berbeza, mengkehendaki kami memasak mengikut selera orang Jepun. Jadi kami perlu mengetahui sekurang-kurangnya apa citarasa orang Asia, tidaklah sampai kami kena menghidangkan sushi, dorayaki atau sebagainya, cukuplah kami tahu bahawa orang Jepun tidak sukakan masakan pedas, jadi, tidak ada cili padi atau cili kering dalam masakan kali ini.

Chicken with lemongrass and ginger


Jadi kali ini kami persembahkan menu Ayam BBQ dengan perapan serai dan halia ala rasa-rasa sate sedikit, ternyata ianya boleh diterima dengan komen "umai - 美味い sewaktu mereka menikmati sajian tersebut.

Prawn skewer


Udang dengan perapan sos istimewa ini memang berbaloi untuk dimakan dan menawan selera sesiapa sahaja. Aromanya memang wangi dan rasanya "not bad - 悪くない Warukunai". Dengan yakinnya, tukang masak bersama bagi event ini, merangkap Food & Event Manager KCV@TC ini tidak malu-malu mempersembahkan masakannya terus ke meja tetamu.



Fresh Salad

Fresh Salad ini sekali pandang pasti memukau kerana warnanya yang berwarna warni dan harmoni. Berlatarkan coral salad hijau dan merah, dengan helaian iceberg lettuce, hirisan capsicum merah, hijau dan kuning, purple cabbage, yellow onion, tomato cherry yang nampak berbiji-biji, menimbulkan kesan visual yang kontras dan harmoni, satu karya seni dalam kulinari, ditambah lagi padanannya dengan Thousand Island dressing yang semua peminat salad tahu keenakannya.



Mix Vegi Terriyaki dan Sosej

Mix Vegi Terriyaki dengan hirisan sosej ayam, dan sosej itu sendiri dipersembahkan dengan cara paling simple, dengan skewer, mudah dikendalikan di atas api.




Grilled Seabass fillet with Ginger and Garlic

Potongan siakap kali ini dipanggang dalam "non stick pan". Dipersembahkan dengan cara bersederhana. Mungkin menu ini agak lewat sedikit disediakan, membuatkan tetamu semua tidak sabar untuk menikmati lauk lain terlebih dahulu sampai kekenyangan, jadi menu ini kurang sedikit menarik perhatian mereka.



Oriental Fried Rice

Dan pelengkap bagi sajian ini adalah Nasi Goreng Oriental yang boleh disesuaikan dengan semua jenis lauk pauk yang ada...





Beginilah cara menikmati sajian ini. Makan di tepi anak sungai yang mendamaikan dengan bunyi air mengalir merentasi batu batu kecil. Selera apa nak dikata.






FAMILY PICNIC

Acara penting hari ini adalah perkelahan keluarga yang turut diadakan sempena perhimpunan ini. Sebuah khemah disediakan untuk anak-anak kecil bermain.Dan si ayah menemani anak-anak bermain air di sungai yang jernih.





KEBUDAYAAN

Sepanjang event ini berlansung, kami observed dengan beberapa perkara menarik bersentuh dengan kebudayaan yang amat manis untuk dikongsi bersama orang asing dari Jepun ini. Pertama sekali tentang buah-buahan tempatan kita yang cara menikmatinya adalah menjadi kekok bagi mereka yang tidak pernah makan sebelum ini. Jadi mereka harus diberi tunjuk ajar.

Seperti buah dokong dan manggis ini. Buah dokong memang ada semut yang bersarang dekat tangkainya. Ini pun sudah mendatangkan kegelian kepada mereka. Namun bila dibantu oleh rakan yang mengupas buah tersebut, isinya yang manis membuat mereka tertawan.

Semasa menikmati buah manggis ini, mereka sukar mempelajari bagaimana memecahkan buah dengan mengepam dua tapat tangan sebelum mengopek isinya keluar. Ada yang menggigit kulitnya dan sudah pasti rasanya pahit!






Tentang Sekawan Lembu

Sewaktu sekawan lembu menghampiri kawasan perkelahan, anak-anak mereka telah memanggil mama dan papa. Ini menarik perhatian semua orang untuk melihat kawanan lembu ini. Apa agaknya yang bermain di fikiran mereka ya? Lembu adalah biasa bagi kita berbanding kuda. Inilah perbezaan budaya yang ketara anda bangsa mereka dengan kita.





SAYONARA.. Jumpa Lagi..

Acara hari ini menimbulkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Masing-masing mempotretkan gambar untuk kenang kenangan mereka. Tak dilupakan mereka turut bergambar kenangan bersama dengan kami.




  






No comments:

Post a Comment