Tuesday, August 27, 2013

BBQ by the river! Di Kedah Cultural Village @ Tandop Camp, Lembah Bujang, Merbok, Kedah, Malaysia.

BBQ by the river!
Tempat : Kedah Cultural Village @ Tandop Camp, Lembah Bujang, Merbok, Kedah, Malaysia.
Group : Panasonic Kulim (Japanese group and family)

MASAKAN ASIA (ORIENTAL TASTE)

Kami sebelum ini memang tidak asing dalam pelbagai menu masakan Melayu dan tempatan, namun cabaran kali ini agak berbeza, mengkehendaki kami memasak mengikut selera orang Jepun. Jadi kami perlu mengetahui sekurang-kurangnya apa citarasa orang Asia, tidaklah sampai kami kena menghidangkan sushi, dorayaki atau sebagainya, cukuplah kami tahu bahawa orang Jepun tidak sukakan masakan pedas, jadi, tidak ada cili padi atau cili kering dalam masakan kali ini.

Chicken with lemongrass and ginger


Jadi kali ini kami persembahkan menu Ayam BBQ dengan perapan serai dan halia ala rasa-rasa sate sedikit, ternyata ianya boleh diterima dengan komen "umai - 美味い sewaktu mereka menikmati sajian tersebut.

Prawn skewer


Udang dengan perapan sos istimewa ini memang berbaloi untuk dimakan dan menawan selera sesiapa sahaja. Aromanya memang wangi dan rasanya "not bad - 悪くない Warukunai". Dengan yakinnya, tukang masak bersama bagi event ini, merangkap Food & Event Manager KCV@TC ini tidak malu-malu mempersembahkan masakannya terus ke meja tetamu.



Fresh Salad

Fresh Salad ini sekali pandang pasti memukau kerana warnanya yang berwarna warni dan harmoni. Berlatarkan coral salad hijau dan merah, dengan helaian iceberg lettuce, hirisan capsicum merah, hijau dan kuning, purple cabbage, yellow onion, tomato cherry yang nampak berbiji-biji, menimbulkan kesan visual yang kontras dan harmoni, satu karya seni dalam kulinari, ditambah lagi padanannya dengan Thousand Island dressing yang semua peminat salad tahu keenakannya.



Mix Vegi Terriyaki dan Sosej

Mix Vegi Terriyaki dengan hirisan sosej ayam, dan sosej itu sendiri dipersembahkan dengan cara paling simple, dengan skewer, mudah dikendalikan di atas api.




Grilled Seabass fillet with Ginger and Garlic

Potongan siakap kali ini dipanggang dalam "non stick pan". Dipersembahkan dengan cara bersederhana. Mungkin menu ini agak lewat sedikit disediakan, membuatkan tetamu semua tidak sabar untuk menikmati lauk lain terlebih dahulu sampai kekenyangan, jadi menu ini kurang sedikit menarik perhatian mereka.



Oriental Fried Rice

Dan pelengkap bagi sajian ini adalah Nasi Goreng Oriental yang boleh disesuaikan dengan semua jenis lauk pauk yang ada...





Beginilah cara menikmati sajian ini. Makan di tepi anak sungai yang mendamaikan dengan bunyi air mengalir merentasi batu batu kecil. Selera apa nak dikata.






FAMILY PICNIC

Acara penting hari ini adalah perkelahan keluarga yang turut diadakan sempena perhimpunan ini. Sebuah khemah disediakan untuk anak-anak kecil bermain.Dan si ayah menemani anak-anak bermain air di sungai yang jernih.





KEBUDAYAAN

Sepanjang event ini berlansung, kami observed dengan beberapa perkara menarik bersentuh dengan kebudayaan yang amat manis untuk dikongsi bersama orang asing dari Jepun ini. Pertama sekali tentang buah-buahan tempatan kita yang cara menikmatinya adalah menjadi kekok bagi mereka yang tidak pernah makan sebelum ini. Jadi mereka harus diberi tunjuk ajar.

Seperti buah dokong dan manggis ini. Buah dokong memang ada semut yang bersarang dekat tangkainya. Ini pun sudah mendatangkan kegelian kepada mereka. Namun bila dibantu oleh rakan yang mengupas buah tersebut, isinya yang manis membuat mereka tertawan.

Semasa menikmati buah manggis ini, mereka sukar mempelajari bagaimana memecahkan buah dengan mengepam dua tapat tangan sebelum mengopek isinya keluar. Ada yang menggigit kulitnya dan sudah pasti rasanya pahit!






Tentang Sekawan Lembu

Sewaktu sekawan lembu menghampiri kawasan perkelahan, anak-anak mereka telah memanggil mama dan papa. Ini menarik perhatian semua orang untuk melihat kawanan lembu ini. Apa agaknya yang bermain di fikiran mereka ya? Lembu adalah biasa bagi kita berbanding kuda. Inilah perbezaan budaya yang ketara anda bangsa mereka dengan kita.





SAYONARA.. Jumpa Lagi..

Acara hari ini menimbulkan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Masing-masing mempotretkan gambar untuk kenang kenangan mereka. Tak dilupakan mereka turut bergambar kenangan bersama dengan kami.




  






Monday, May 20, 2013

Lunch by the River di Kedah Cultural Village @ Tandop Camp

Pakej Lunch by the River 
~ peluang untuk anda menjamu selera sambil santai bersama alam.

Gambar ini diambil sempena acara yang diadakan oleh Pn. Asma dan group dari UiTM Merbok pada 20 Mei 2013.


Lunch by the River KEMBALI!

ingat tak lagi 6 elemen yang pernah dinyatakan dalam fb page kami sebelum ini? 

6 elemen dalam KCV@TC
a) TANDOP CAMP ~ Kem Latihan dan Rekreasi
b) EAT & RETREAT~ Makan dan santai bersama alam
c) ECO-ARCHAEO ADVENTURE ~ Menyusuri Sungai Merbok dan paya bakau
d) KAMPUNG PERKAHWINAN ~ Perkahwinan dalam taman
e) CAFE BY D’ RIVER ~ F&B outlet
f) FOOD FUNCTION@TANDOP CAMP ~ Majlis makan malam eksklusif untuk korporat

Berikut adalah catatan dari salah satu elemen yang dimaksudkan iaitu 
b) EAT & RETREAT~ Makan dan santai bersama alam 


Selamat datang ke Kedah Cultural Village @ Tandop Camp
destinasi baru pelancongan berasaskan eko-arkeo


Landskap hijau yang segar ini menyambut kedatangan anda ke sini.


Set Bariyani Mustoffa, menu main course hari ini.


Bukan sekadar menjamu selera, malah anda berkumpul dan menganjurkan sebarang aktiviti untuk kumpulan anda di sini, di bawah pohon cempedak yang rendang dan di tepian sungai yang mengalirkan air dari gunung, kegembiraan pasti terpancar dari air muka anda yang jernih.




Acara separuh rasmi seperti ini tambah menyeronokkan apabila diiringi oleh sajian kami yang memikat selera. Sambil anda bertukar cenderahati, sambil juga bertukar cerita tentang hari-hari yang menyeronokkan anda, ketenangan di sebuah kafe outdoor berasaskan alam adalah pengalaman yang anda belum pernah rasai seperti ini di mana-mana



Macamana ustaz, best tak basuh tangan dengan air dari gunung Jerai dalam paip buluh? :)


Berdoa kepada Allah semoga majlis diberkati.








Nah, sajian seterusnya Rojak Sotong Seri Siantan


Mee Kari siap untuk dihantar ke meja pelanggan


Kelihatan Tuan Haji Sapian dan En. Mat juga sedang bersantai menjamu selera di 'staff lounge' (belakang dapur, hehehe) Tandop Camp


Ermmm... sotong rebus untuk disajikan bersama Rojak Sotong Seri Siantan...


En. Sani dan Puan Suzi dalam perjalanan pualang selepas misi tugasan hari ini selesai dengan jayanya...

*******
Saya mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah yang memakbulkan dosa saya agar majlis hari ini berjalan dengan lancar, begitu juga dengan cuaca yang dari paginya hujan, tetapi berhenti apabila pelanggan ini sampai ke lokasi. Hikmah Allah atas keikhlasan Puan Asma dan ahli kumpulannya membuat keputusan mengadakan majlis di sini. Alhamdulillah.



NOTA
* Acara ini adalah salah satu daripada acara yang direalisasikan dalam pakej EAT & RETREAT 2013 @ TANDOP CAMP. Pakej ini dan lain-lain pakej yang hebat dapat dilihat melalui brochure kami di bawah:


Friday, February 1, 2013

Santa Claus @ Central Square Mall


Santa Claus @ Central Square Mall

Pada 22, 23 dan 25 Disember 2012 yang lalu, pengunjung dan pemilik premis di pusat membeli belah terkemuka Central Square Sungai Petani telah berpeluang bertemu dan berhibur bersama Santa Claus yang didatangkan khas oleh pengurusan baru kompleks tersebut.

Kemunculan Santa Claus kali ini adalah acara yang terbesar sempena sambutan hari Natal sebagai meraikan penganut agama Kristian yang berada di kompleks ini. Setiap kunjungan Santa Claus selama 2 jam di sini ianya disambut dengan gelak ketawa dan keterujaan pengunjung pelbagai bangsa di kompleks ini dan pastinya yang menarik perhatian adalah keramahan encik Santa bersama hadiah gula-gulanya dan juga belon kepada para peminatnya.


Kedah Cultural Village Events & Recreation telah diberikan tanggungjawab bagi mengendalikan acara ini dengan sempurna dan jayanya. Dari maklumbalas yang kami terima daripada pengunjung, staf dan pemilik premis di sini, rata-ratanya memuji acara ini yang disifatkan terbaik dari pihak pengurusan semenjak 13 tahun mereka berada di sini.

Terima kasih kepada Hektar Property yang memberi peluang dan kepercayaan untuk kami menguruskan acara ini… Semoga kami berpeluang untuk acara lain pula pada masa akan datang!


SANTA CLAUS WALKING AROUND THE MALL
Event Objective 
oTo create fun, happy, memorable and fine relationship between


    complex management, tenant and mall client.
oThis event as a medium for management to show their sensitivity
    toward multi racial society in SP.
oThis event as one of the entertainment program in this mall

appearance of Santa got very good response from client and tenant in this mall


Always caring and friendly with the children

Always joking

Oppa Gannam Style – he dance with children

Multi racial entertainer

Young and older, they love him

Never mind to share the greatest moment with the client









Thursday, October 18, 2012

FAMILY DAY & EVENT MANAGEMENT


Family Day
Funniest & unforgettable day with us

brought by
KEDAH CULTURAL VILLAGE Events & Recreation

Our business objective:
To be one stop supplier for your Family Day event management

Our service are included:
Food & Catering
Emcee & PA System
Telematch & Game
Clown & Balloon
Magic & Fire Show
T-Shirt & Costume
Banner & Backdrop
Photography

Call  012-4667045 (Mr. Sani) for the detail

Get this brochure by right click on your mouse and save to your pc.....


Katering Seri Siantan, Sungai Petani, Kedah


"Salam sejahtera....
Tempahan adalah dipelawa daripada seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman dan dari negeri jiran Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang dan Utara Perak yang mana berhajat untuk melansungkan walimatur urus dan bercadang mencari perkhidmatan katering, untuk membuat tempahan katering dari syarikat kami. Berpengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang masakan dan katering di utara, kini kami muncul dengan jenama baru Katering Seri Siantan dengan objektif untuk menyediakan suatu perkhidmatan katering yang lengkap dan sajian yang hebat untuk prospek dan pelanggan kami..." 



Pakej-pakej katering pilihan

katering rakyat
seri siantan RM5.00
nasi minyak, ayam merah, dalca, tembikai, sirap
* termasuk peralatan hidangan dan penghantaran sahaja
(caj luar kawasan dikenakan)
*1000 pax dan ke atas

pakej asas
seri siantan RM6.00
nasi minyak, ayam merah, daging kurma, dalca, tembikai, sirap
* termasuk peralatan hidangan dan penghantaran sahaja
(caj luar kawasan dikenakan)
*1000 pax dan ke atas


pakej jimat
seri siantan RM8.00
nasi minyak, ayam merah, daging kurma, dalca, tembikai, sirap,
teh tarik dan bubur
* termasuk peralatan hidangan dan pengurusan acara
* krew sajian
* 3 kanopi lengkap tetamu, 1 kanopi  pengantin,
* hidangan pengantin dan VIP
* Meja makan pengantin & VIP tidak disediakan 
*1000 pax dan ke atas
(caj luar kawasan dikenakan)

pakej mampu
seri siantan RM9.00
nasi minyak, ayam merah, daging kurma, dalca, tembikai, sirap,
teh tarik dan bubur, kuih
* termasuk peralatan hidangan dan pengurusan acara
* krew sajian
* 3 kanopi lengkap tetamu, 1 kanopi lengkap pengantin termasuk
   meja makan pengantin dan VIP
* hidangan pengantin dan VIP
*1000 pax dan ke atas
(caj luar kawasan dikenakan)

pakej briyani
seri siantan RM10.00
nasi briyani, ayam merah, daging briyani, acar rampai, tembikai, sirap,
teh tarik dan bubur, kuih
* termasuk peralatan hidangan dan pengurusan acara
* krew sajian
* 3 kanopi lengkap tetamu, 1 kanopi lengkap pengantin termasuk
   meja makan pengantin dan VIP
* hidangan pengantin dan VIP
*1000 pax dan ke atas
(caj luar kawasan dikenakan)


pakej exclusive
Seri Siantan  RM15.00

Nasi Briyani Basmathi & Nasi Putih
Ayam Masak Merah/Ayam Goreng Rempah
Rendang Daging/Daging masak briyani
Dalca Tulang
Acar Rampai
Honey dew dan tembikai
Air Kordial
Set Hidangan Pengantin
Set Peralatan Pengantin
1 Khemah Pengantin dengan underlayer
2 Serving Dome untuk tetamu VIP
4 Khemah Tetamu (Kerusi tetamu bersarung)
2 set meja Buffet
Pelayan berseragam
Karpet Merah
Pintu Gerbang

*Percuma
Kek perkahwinan 3 tingkat
Teh tarik
Pencuci Mulut – bubur kacang  dan serawa pisang


LAUK DAN PILIHAN MASAKAN
Daging - masak hitam / rendang kunyit / rendang karipule / rendang tok / goreng kicap halia / kurma
Ayam - masak merah / rendang kunyit / goreng kicap halia / kurma / kari /  goreng cili padi
Sayur - sayur campur / pajeri / acar timun / jelatah timun nenas / dalca sayur



































Doa selamat / akad nikah / pertunangan
*Minimun order 100 pax
RM20.00/pax

MENU 1
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Ikan Masak Lemak cili api
Sambal Tumis Udang
Ikan kering
Ulam-ulam
Sambal Belacan
Air Sirap
Air Teh Tarik
Kuih/Puding/Agar2 - 2 jenis
Buah

2 units Khemah & Scallop
Meja & kerusi
Lampu & Kipas

MENU 2
Nasi Putih
Daging masak kicap
Kari Ayam + Ubi Kentang
Ubi Kentang Goreng cili padi + Ikan bilis
Ikan kering
Ulam-ulam
Sambal Belacan
Air Kordial
Air Teh Tarik
Kuih/Puding/Agar2 - 1 jenis
Buah

2 units Khemah & Scallop
Meja & kerusi
Lampu & Kipas

MENU 3
Nasi Putih
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Ikan Goreng & Kari bendi
Sayur Campur
Ikan kering
Ulam-ulam
Sambal Belacan
Air Kordial
Air Teh Tarik
Buah

2 units Khemah & Scallop
Meja & kerusi
Lampu & Kipas

menu sampingan
seri siantan *min 300pax

RM1.00
Kuih 2 jenis
Teh tarik
Mineral water

RM1.50
Sandwich sardin / tuna / telur

RM2.00
Bubur kacang
bubur pulut hitam
serawa pisang
bubur chacha
laksa
bihun goreng
Cucur udang
Pasembor

RM2.50
Rojak buah
Fries
Fruit coktail
Fresh Salad
ABC

RM3.00
Bihun sup

RM3.50
Mee kari
Kueteow teng
Mee rebus
Roti jala
Lontong
Ice Blended / yogurt
Fruit salad